Alaioli
By S.KUMARA
PUTRAJAYA - Seorang bekas pengarah pusat pendidikan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bergelar Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan menggunakan wang berjumlah kira-kira RM1 juta bagi tujuan peribadi.
SPRM telah menghadapkan lelaki berusia lingkungan 60-an itu ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Rabu dan dia kini direman selama lima hari sehingga 19 April ini untuk membantu siasatan lanjut.
Sumber memberitahu, suspek telah ditahan kira-kira jam 8 malam pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2025 dan ketika itu dia menjawat jawatan sebagai Pengarah IPTA terbabit.
“Suspek dipercayai mempunyai kepentingan di dalam sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dengan pusat pendidikan terbabit dan menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi,” kata sumber tersebut.
Sumber juga menambah bahawa, susulan daripada siasatan tersebut SPRM telah membekukan empat akaun bank iaitu satu akaun syarikat dan tiga akaun individu yang berjumlah keseluruhan kira-kira RM600,000.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu tersebut.
Beliau juga memaklumkan bahawa kes sedang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
\"Siasatan menjurus kepada siasatan jenayah dan tatakelola,\" tegasnya lagi.- Alaiolinews
ஜொகூர்
ஜொகூர் மாநிலத்தில் டெங்கி சம்பவங்கள் 12.4 விழுக்காடு குறைவு
ஜொகூர்
ஜோகூர் சுல்தானா அமீனா மருத்துவமனைக்கு சர்வதேச அங்கீகாரம்– லிங் தியான் சூன் வாழ்த்து
புத்ராஜெயா
Harga diesel tanpa subsidi turun 75 sen mulai Khamis - Putrajaya
சிலாங்கூர்
ஜெராம், ஜாலான் பத்து பாத்தாவில் ஈக்கள் படையெடுப்பு- கிராம மக்கள் அவதி!
பேராக்
சுகாதார நலத்திட்டங்கள் மக்களை சென்றடையச் செய்வோம் ; சட்ட மன்றத்தில் பதிலளித்தார் டத்தோ சிவநேசன்..!
சிலாங்கூர்
இறைச்சி வெட்டும் கத்தியால் போலீஸ் அதிகாரியைத் தாக்கும் முயற்சியில் ஈடுபட்ட ஆடவருக்கு ரிம.9,100 அபராதம்
கோலாலம்பூர்
Mi segera kini berperisa nasi lemak