Alaioli
By Ilamparithi
MELAKA – Seorang pempengaruh terkenal dari Melaka telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didapati positif dadah pada minggu lalu.
Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan berhubung kejadian telah dibuat oleh pegawai perubatan Hospital Melaka selepas menerima dan merawat mangsa dalam keadaan separuh sedar kira-kira pukul 5 petang pada 14 April lepas.
Katanya, pengadu memaklumkan hasil ujian saringan air kencing mendapati kanak-kanak tersebut positif bahan terlarang jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
“Ibu mangsa memaklumkan kepada pegawai perubatan bahawa anaknya sebelum itu diambil dari sebuah rumah pengasuh di Sungai Putat sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Sebelum kejadian, pada 11 April, mangsa turut dilaporkan menerima bantuan pernafasan melalui tiub di Zon Merah Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang ke rumah.
Mengulas lanjut beliau menambah bahawa, susulan laporan itu sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah menahan suspek yang berusia 39 tahun kira-kira pukul 9.30 malam pada 15 April lalu.
Jelasnya lagi, suspek merupakan seorang pempengaruh media sosial dan dipercayai mempunyai kaitan dengan penjagaan mangsa melalui ahli keluarganya.
“Bagaimanapun tiada sebarang rampasan dilakukan ketika tangkapan dilakukan dan semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, selain ujian saringan air kencing ke atasnya adalah negatif.
"Suspek telah direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 April dan disambung lima hari lagi sehingga 27 April bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 April dan kini menunggu arahan lanjut," tegasnya lagi.-Alaiolinews.
கோலாலம்பூர்
கோலாலம்பூர் டேவான் பண்டாராயா மண்டப வாடகை முன்கட்டணத் தொகை வரும் மே முதல் நாளில் இருந்து குறைக்கும் நடவடிக்கை அமலுக்கு வரும்! ஹன்னா இயோ தகவல்
புத்ராஜெயா
Kes seleweng dana RM230 juta: SPRM sita aset RM18.36 juta
கோலாலம்பூர்
Lima negeri dilanda hujan lebat hingga 7 malam ini - MetMalaysia
Pembunuhan
2 suspek kes tembakan diberkas polis, pistol dirampas
புத்ராஜெயா
Tiada bukti teknikal wujud pendedahan radiasi sebabkan kanser dalam kalangan kakitangan di PPUM - KKM
மலேசியா
MCA Youth Formalizes Support for “Tangkap Azam Baki” Rally; Demands Urgent Institutional Reform
ஜொகூர்
மக்கள் சக்தி ஜொகூர் அமைப்பு உறுதிப்படும் – தேர்தலை நோக்கிய செயல்திட்டம் தீவிரம்
ஜொகூர்
403 பிரச்சினைகள் முன்வைப்பு – தாங்காக் செயல் கூட்டம் மூலம் தீர்வில் வேகம், ஜொகூர் அரசு உறுதி