Alaioli
By Ilamparithi
KOTA TINGGI - Seorang pekebun warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes dua lelaki dan seorang wanita warga Vietnam mati ditembak depan sebuah restoran di bandar ini pada Ahad.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, suspek yang berusia 71 tahun tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 9 pagi dalam keadaan tangan bergari di belakang dan dikawal ketat anggota polis.
Pada Ahad, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kota Tinggi menerima maklumat berkenaan kejadian itu jam 1.30 petang.
Katanya, siasatan mendapati dua lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 37 hingga 63 tahun maut ditembak dengan menggunakan senjata api jenis shotgun di restoran tersebut.
\"Ketiga-tiganya maut di tempat kejadian. Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan Bahagian D9 Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) membuat satu tangkapan pada pukul 2 petang.
Pihaknya turut membuat rampasan selaras senjata api jenis shotgun buatan Benelli M Super yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa dalam kes tersebut. - Alaiolinews
ஆலயம்
மலேசிய இந்து சங்கம் சிலாங்கூர் மாநிலப் பேரவை 41 ஆவது ஆண்டுப் பொதுக்கூட்டம் = பாப்பா ராய்டு திறந்து வைத்து வாழ்த்துரை
சிலாங்கூர்
ஜெராம் பத்து பாத்தா கிராமத்தில் ஈக்கள் படையெடுப்பு தொடர்கிறது!- மாநில அரசின் நடவடிக்கை தேவை.
சிலாங்கூர்
பள்ளி மாணவர்கள் கழிப்பறை சுற்றுப் புறங்களைச் சுத்தம் செய்வது கேவலமில்லை!- சமூக ஆர்வலர் பரம்சிவா விளக்கம்.
ஆலயம்
தெலுக் இந்தான் சித்திரா பௌர்ணமி நெறியுடனும் பண்பாட்டுடனும் நடைபெற காவல் துறை தீவிரம் : டத்தோ சிவநேசனுடன் கையோடு கைகோர்ப்பு..!
சிலாங்கூர்
தாமான் அமான் குடியிருப்பில் கால்வாய்கள் உடைந்து பாதிப்பு, மக்கள் அவதி- சாம்சன் நடவடிக்கை
பினாங்கு
Tech Dome Penang Sparks Scientific Curiosity Among Students
சிலாங்கூர்
Mayat bunuh dibungkus dalam kanvas di Pulau Angsa
பினாங்கு
Persiapan Sukan SEA 2027 di Pulau Pinang cecah 85 peratus