Alaioli
Iran sahkan AS rampas kapal miliknya, beri amaran akan bertindak balas

By Global Alaioli

ISTANBUL - Iran mengesahkan bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) telah merampas sebuah kapal milik negara itu dan memberi amaran akan bertindak balas "tidak lama lagi”, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.

Menurut Fars News Agency, Markas Pusat Khatam al-Anbiya memaklumkan bahawa tentera AS menyasarkan kapal berkenaan, melumpuhkan sistem navigasi dan kemudian menaikinya dalam insiden yang didakwa sebagai pencabulan gencatan senjata.

Jurucakap tentera Iran, Ebrahim Zolfaghari berkata, tentera AS melepaskan tembakan ke arah kapal itu sebelum menaikinya.

"Amerika Syarikat yang bertindak agresif dengan melanggar gencatan senjata dan melakukan lanun maritim, telah menyerang sebuah kapal Iran selepas melumpuhkan sistem navigasinya.

"Kami memberi amaran bahawa angkatan tentera Iran akan segera bertindak balas dan membalas perbuatan lanun bersenjata oleh tentera AS ini,” kata Zolfaghari.

Terdahulu pada Ahad, Presiden AS Donald Trump berkata AS telah memintas sebuah kapal kargo berbendera Iran.- Agensi

Leave a Comment
Trending News