Alaioli
Oleh SUKAN ALAIOLINEWS
LONDON - Situasi makin parah untuk bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Leicester City apabila rayuannya terhadap pemotongan enam mata kerana melanggar peraturan kewangan ditolak.
Ia sekali gus menyaksikan The Foxes semakin hampir tersingkir ke liga divisyen ketiga bola sepak England.
Hanya sedekad selepas kejayaan mengejut menjulang kejuaraan EPL, Leicester kini berada di tangga ketiga tercorot dalam Kejuaraan EFL, ketinggalan satu mata daripada zon selamat dengan hanya berbaki lima perlawanan lagi.
\"Dengan isu ini sudah selesai dan masih ada lima perlawanan musim ini, semua di kelab ini kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan yang ada di hadapan dan bagaimana untuk menentukan nasib musim ini melalui keputusan di atas padang.
\"Tanggungjawab kini adalah memastikan baki perlawanan ini dihadapi dengan fokus dan kesungguhan seperti yang diperlukan dalam situasi semasa,\" kata Leicester dalam kenyataan.
Leicester yang tersingkir dari Liga Perdana musim lalu, kini berdepan risiko untuk jatuh ke Liga Satu EFL selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.
Sebuah komisen bebas pada Februari lalu mendapati kelab itu melanggar peraturan keuntungan dan kelestarian bagi tempoh tiga tahun hingga musim 2023/24, ketika mereka kembali ke Liga Kejuaraan, dengan lebihan hampir £21 juta (RM111.9 juta).
Dalam tempoh tiga musim dari 2021/22 hingga 2023/24, kelab itu mencatat kerugian melebihi £200 juta (RM1.06 bilion).
\"Keputusan komisen bebas untuk mencadangkan potongan enam mata terhadap Leicester City musim ini sudah disahkan oleh panel rayuan bebas,\" kata Liga Perdana dalam kenyataan.
Pada musim 2015/16, Leicester mengejutkan dunia bola sepak dengan menjuarai Liga Perdana.-Alaiolinew
கோலாலம்பூர்
வரும் 2030 க்குள் ' வாசிக்கும் நாடாக' மலேசியா உருவாகும்.
சிலாங்கூர்
ஜெஞ்ஜாரோம் பால சுப்பிரமணியர் ஆலயத்தில் கந்த சஷ்டி கவசத்தை 12 மணி நேரம் இடைவிடாது பக்தர்கள் பாராயணம் செய்து சாதனை-பாப்பா ராய்டு பாராட்டு
கோலாலம்பூர்
Seorang pegawai, dua anggota polis ditahan positif dadah di pusat hiburan di Ipoh - Bukit Aman
ஜொகூர்
டயாலிசிஸ் சிகிச்சை பெறுவோருக்கு “பந்துவான் காசிஹ் ஜொகூர்” – சரஸ்வதி விளக்கம்
கால்பந்து
Red Deviils hampir menamatan badi dua musim untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan
கோலாலம்பூர்
BN kekalkan formula agihan kerusi untuk hadapi PRU, PRN akan datang - Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
சிலாங்கூர்
மின்னல் தாக்கியதில் பாதிக்கப்பட்டுள்ள குடும்ப மாது தமிழ்ச் செல்விக்கு பாப்பா ராய்டு கருணைமிக்க உதவி
கோலாலம்பூர்
Pelajar sekolah menengah di Indonesia dikecam tunjuk isyarat jari tengah kepada guru